Tuju Rindu - Arrow Tuju
Mp3-Codes.com

Saturday, 31 December 2011

Hipokrit

Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?
Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang buat keje hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau “kalo aku marah pun takde la buat cam sekian sekian”. Kadang2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…
haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam je… tapi kalo diam je, camane nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sape? Nak ngadu kat sape? Kalo simpan dalam hati je bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan.
So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak kahahah.

Monday, 19 December 2011

SAMUDERA - Sudah Takdir Begitu



kasih yang bersarang dihati
wangi bagai harum kasturi
seandainya takdir mengizinkan relanya
aku menyambung semula
ikatan yang telah putus dulu

Friday, 25 November 2011

Pengalaman Telah Mendewasakan Kita

Jangan Dipaksa Orang Mencintai Kita Kelak Jiwa Merana..
Cinta dan Sayang harus keluar dari hati,…….Bila cinta dan sayang itu telah dilakukan dengan cara dipaksa atau terpaksa maka semua itu tidak akan mencapai sesuatu yang sejati.
Biarkanlah cinta dan sayang itu mengalir seperti air dalam hidup ini,
karna dengan demikian disaat kita menjalaninya tidak ada yang merasa disakiti dan menyakiti.
jadikan cinta dan sayang itu syurga dalam hidupmu.

Sunday, 20 November 2011

~Sejarah Kumpulan Ukays~

~Kumpulan Ukays~

Semuanya bermula apabila kumpulan ini ditubuhkan pada tahun1989 dan diberi nama Ukay. Album pertama mereka iaitu Tinggal Irama dibawah label Varia Music dan diterbitkan pada 1991 oleh Saari Amri seorang komposer hebat Malaysia yang masih baru ketika itu.Namun vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan dan jualannya tidak sampai 1000 keping. Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.
Beberapa tahun selepas itu Saari Amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar iaitu Mekar Production . Pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production. Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata - ratanya tidak memenuhi kehendak Saari Amri. Maka Saari telah menjemput Amir dari kumpulan Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini. Pada waktu yang sama juga kumpulan Ukay telah di tambah huruf 's' menjadi Ukays dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari tetapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan syarikat Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Album Mencari di edarkan pada 17.2.1993 dan terjual sebanyak 15, 000 unit sahaja. Penerbit Saari Amri diterbitkan oleh Mekar Production dan diedarkan oleh BMG Music Pacific. Sejarah tercipta pada tahun 1994 apabila Saari Amri telah menerbitkan album ke dua Ukays berjudul Bisa Berbisa pada tahun 1994. Jualan album ini sungguh memeranjatkan dimana ia telah terjual pada ketika itu sebayak 350,000 unit. Itu adalah jualan album terbanyak di Malaysia sebelum rekod mereka dipecahkan oleh Raihan (Puji-Pujian/600,000 unit). Ukays berjaya bersaing dengan band besar seperti Wings dan Search. Tarikh sebenar album diedarkan pada 26.4.94. Hampir ke semua lagu di dalam album ini keluar di corong radio. Antara lagu yang popular ialah Seksa, Kau Satu-Satunya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Namun masalah baru timbul apabila ahli-ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih. Kontrak asal rm0.50 namun Mekar telah menaikkan harga setiap album royalti kepada rm0.75. tetapi ahli-ahli kumpulan ini masih tidak berpuas hati dan menarik diri dari kumpulan Ukays. Akhirnya yang tinggal ketika itu hanyalah Amir-vokal dan Amy-pemain gitar. Kemudian pihak Mekar mencari ahli-ahli baru untuk kumpulan ini dan bertemu dengan Amirol-pemain drum, Olley-pemain bass dan Daniel-pemain gitar.Beberapa minggu selepas itu anggota asal Ukays datang berbincang dengan Saari Amri untuk menyertai Ukays semula namun ianya telah ditolak.Pihak BMG meminta royalti sebanyak rm10,000, mengikut kontrak sesiapa yang melanggar kontrak perlu membayar rm30,000 tetapi pihak Meekar tak ambil pusing dan ambil hati.Masuk sahaja ahli baru Ukays telah menukar ejaan nama kumpulan kepada U.K'S. Kemudian Saari Amri mengeluarkan album ke 3 U.K'S dinamakan Tajam Menikam pada hujung tahun 1994 iaitu pada 14.12.94. Album ini juga mendapat sambutan yang hangat hingga mencapai jualan 280,000 unit. Dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja angka jualan album ke 3 mencecah 250,000 unit. Album U.K's juga turut mendapat tempat yang hebat di pasaran Indonesia di mana album mereka terjual melebihi 700,000 unit di sana. Pencapaian yang sukar di ikuti oleh artis lain sehingga kini. Hampir semua lagu di dalam album Tajam Menikam keluar di corong radio. Antaranya Sebak, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku, Pahit Akan Manis Akhirnya, Bila Purnama Mengambang.
Pada tahun 1996 sekali lagi Saari Amri menerbitkan album U.K's. Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.
Pada tahun 1997 Saari Amri menerbitkan album ke 5 U.K'S yang diberikan judul Cuma Aku Yang Hidup dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit. Album ini diterbitkan oleh Kumbang Production bukan lagi syarikat Mekar Production tetapi masih menggunakan BMG Music sebagai pengedar. Album ini juga memperkenalkan anggota baru U.K's. Album ini kurang mendapat sambutan akibat krisis ekonomi ketika itu dan juga masalah cetak rompak. Lagu yang popular dari album ini ialah Kerana Pepatah Lukaku Berdarah.