Tuju Rindu - Arrow Tuju
Mp3-Codes.com

Thursday, 10 November 2011



 Sejarah Muzik Rock Di Malaysia..

Sejarah muzik aliran rock bermula di Malaysia adalah di sekitar 1978 - 1982. Dikenali dengan panggilan rock kapak. Ia merupakan era zaman rock yang berada dalam generasi pertama ataupun pencetus muzik rock. Muzik rock pada masa ini tidak terlalu keras dari segi irama dan liriknya penuh puitis. Di antara group2 yang mempelopori era ini adalah seperti Flybaits, Kembara, Carefree, Sweet September, Heavy Machine, Brain Connection dan banyak lagi. 
1983 - 1993, zaman ini bolehlah dikatakan era muzik rock generasi kedua. Bermula dari Singapura, dengan group seperti Rusty Blade, Helter Skelter dan Sweet Charity, maka menularlah muzik rock ini ke selatan tanahair iaitu Johor. Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia.

Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras jika dibandingkan dengan era generasi pertama, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia.
Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Segala²nya berubah wajah, dari segi penampilan, peribadi hinggalah kepada pertuturan. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari.

Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing². Di antaranya Juara Rock 1 & 2, Battle Of The Band 1 & 2, Clash Of The Band 1, 2 & 3, War Rock 1, 2, 3 & 4, Festival Rock, Hikayat Rock, Kumpulan Muzik Tenggara, Pancakara Di Cakarawala, Batu Batu Perjuangan, Rock Galactica, Hiburan Kingsway dan banyak lagi. Dengan adanya beberapa pertandingan ini juga telah menggalakkan lebih banyak kumpulan rock ditubuhkan. Imej rock agak tercalar seketika ketika kejadian amuk di Pesta Nibong Tebal, Pulau Pinang semasa pertandingan Battle Of The Bands 1 dan juga beberapa insiden yang berlaku di tapak² hiburan di seluruh tanahair. Rasanya tidak perlu disebutkan antara kumpulan² yang begitu gah dipersada seni ketika era emas ini. Antaranya ialah Search, Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade, Crossfire, Junction, Desire dan banyak lagi.

Kegemilangan di zaman emas ini terus berkembang sehingga ke negara² jiran terutamanya Singapura dan Indonesia. Rockers² dari Singapura tidak kurang hebatnya dengan rata² mereka lebih gemar membawakan rentak metal dalam album mereka.
Muda mudi di Indonesia juga begitu fanatik dengan muzik rock dari Malaysia sehingga artis² Indonesia sendiri tidak mampu untuk bertapak disana. Tanyalah...siapa Search? Wings? May? Iklim? dan beberapa kumpulan lagi yang mencipta nama di Indonesia. Pasti mereka mengenalinya sehingga hari ini. Sebaliknya, muncullah pemuzik rock Indonesia yang meniru aliran rock dari Malaysia. 

Kerana kegilaan rock di zaman ini telah mengundang segelintir pandangan² negatif dari pelbagai pihak, sehingga ke peringkat Kabinet. 1988, RTM mengharamkan rockers yang berambut panjang dan penampilan yang tidak kemas dari muncul di kaca TV dan juga lagu² mereka di gam dari disiarkan di Radio. RTM juga mensyaratkan supaya nama² kumpulan yang menggunakan bahasa inggeris agar ditukarkan kepada melayu. Semangat mereka tetap utuh. Satu²nya stesen swasta ketika itu adalah TV3. Mereka tidak terikat dengan syarat² RTM. Ianya tidak melunturkan rockers di era emas ini dari menghasilkan album kerana TV3 terus memberi sokongan. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock. Lama kelamaan, rockers² ini tidak mampu untuk bertahan disebabkan tekanan terlalu hebat dari pihak kerajaan. Begitu juga dengan cetak rompak yang mula bertapak dalam bidang hiburan. Beransur², muzik rock era emas ini semakin lenyap sehinggalah di penghujung 1993. 

Selepas 1993, muzik rock di zaman ini dikenali sebagai generasi ke tiga. Iramanya lebih lembut dan mendayu atau dipanggil balada. Penampilan mereka lebih kemas dan berambut pendek. Kebanyakan mereka melakukan demikian adalah untuk mengikut syarat² yang dikenakan ke atas mereka. Namun begitu, kegilaannya tidak seperti di zaman emas rock. Antara kumpulan yang muncul di zaman ini adalah seperti Ukays, AXL'S, Spears, Spoon, Screen, Scorr, Scoin, Data dan sebagainya. Walaupun generasi ini cuba untuk menaikkan semula industri rock, namun kemunculan mereka tidak dapat diterima para pendengar di zaman era emas rock kerana penampilan dan gaya. Maka terbentuklah generasi baru dari generasi ketiga yang menggemari irama balada ini. Lagipun, pada masa itu, genre muzik lain telah banyak memasuki pasaran tanahair dan ramai rockers telah beralih ke muzik underground.

Pada tahun 1997, muzik rock yang dirasakan semakin malap kembali ceria apabila band rock yang low profile tetapi memperjuangkan irama keras (heavy metal) XPDC keluar dengan album Brutal. Album tersebut telah mengundang kontroversi kerana dihasilkan tanpa persefahaman di antara anggota XPDC itu sendiri kerana di ambang perpecahan. Nama XPDC meningkat naik pada tahun tersebut dan menerima bermacam-macam gelaran seperti Raja Fun Fair, Band Heavy Metal No. 1 Malaysia, Metallica Malaysia dan sebagainya.. 
XPDC telah berjaya mencipta zaman mereka yang tersendiri di mana imej berpakaian serba hitam popular pada ketika itu. Pada masa ni muzik heavy metal yang popular pada penghujung tahun 80-an kembali popular tetapi berlainan sedikit di mana lagu 60-an telah dimetalkan popular apabila lagu Hidup Bersama yang dimetalkan oleh XPDC di dalam album Brutal. 

Menariknya, album tersebut telah dijual lebih 300,000 unit walaupun pada masa tersebut dunia dilanda kegawatan ekonomi.  Syarikat rakaman telah berlumba-lumba menghasilkan album metal 60-an. Search sendiri terkena tempias demam metal 60-an apabila merakamkan lagu Suratku Untukmu di dalam album Double Trouble II dan May dengan album Keras. Wings pula seakan beralih arah kepada irama heavy metal melalui album Mr. Berbarik. Pada masa sekarang pula Kumpulan Kristal sering menghasilkan album metal 60-an kerana dapat menghasilkan keuntungan yang singkat disebabkan pasaran muzik yang lembab.

Tahun 2004 pula merupakan zaman reunion apabila kumpulan Search melakukan reunion. Di antara kumpulan rock yang telah melakukan reunion selain Search ialah Wings, Rusty Blade, May, Lefthanded, XPDC, Bloodshed, Melissa, Junction, Dinamik dan lain-lain.

Pada tahun 2005 pula muzik rock kita kembali apabila semakin ramai band rock reunion tetapi band pop rock dari Indonesia seperti Peterpan, Samson, Radja, Dewa 19 dan sebagainya cuba menguasai pasaran. Keadaan ini mengundang keadaan kurang selesa kepada artis tempatan apabila mereka merasakan diri telah dianaktirikan. Beberapa artis tempatan telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya mengenakan kauta ke atas siaran lagu Indonesia di stesen radio tempatan.

2007 hingga sekarang (2009) – Band2 indie (independent) telah menguasai pasaran muzik tempatan. Sebenarnya band2 indie telah pun wujud di pasaran muzik Malaysiapada pertengahan tahun 1990-an. Pada masa tersebut lahirlah band seperti OAG, Butterfingers, Saturnine dan sebagainya tetapi mereka lebih kepada merakam album di dalam bahasa Inglish. Sekarang peminat muzik rock tempatan telah beralih arah kepada band2 indie tempatan setelah ‘dibuai mimpi’ sekejap dengan band2 Indonesia. Maka wujudlah band2 indie seperti Estranged (Juara Lagu 2007), Meet Uncle Hussein (Juara Lagu 2008), Bunkface (band ni seperti meniru gaya nyanyian band Meet Uncle Hussein), Hujan (hujan pun boleh jadi nama band), Pesawat, Grey Sky Morning, Coco dan sebagainya.. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Keadaan ini merupakan situasi yang sangat baik sebenarnya dimana kita kembali memeriahkan dan sekaligus memartabatkan kembali industri muzik rock tempatan. Apapun genre yang diperjuangkan, yang penting berteraskan rock.. Rock Never Die!

Bila2 difikirkan balik, muzik itu ibarat roda yang berputar.. Sama juga halnya dengan imej rock. Sekarang imej berseluar ketat yang popular pada akhir tahun 80-an & awal tahun 90-an kembali popular. Vokalist band leleh New Boyz iaitu Tomok pun turut berimej seluar ketat..
Akhir sekali, rock sampai bila2.. Hidup Muzik Rock Untuk Negara!!! Rambut aku panjang, dia kata jembalang.. Seluar aku ketat, seluar dia bell-bottom.. Itu ku punya pasal, sikit aku tak sesal…!! <-- Ntahapaapantah - XPDC



No comments:

Post a Comment